Quote:
| Cara betul memilih produk apa yang mahu dijadikan bisnes: + Mula-mula sekali, pilih dahulu segmen kustomer yang duitnya mahu diambil. Sebagai contoh, kita mahu mengambil duit anak gadis remaja orang kaya di bandar-bandar utama. + Kemudian, tetapkan channel apa yang akan digunakan bagi mengedarkan produk kita nanti. Sebagai contoh, kenalpasti di mana anak-anak gadis remaja orang kaya membeli benda-benda yang mereka beli dengan duit poket mereka. + Barulah kemudian dipilih produk apa yang sesuai dengan kustomer dan channel itu. Sebagai contoh, pilih jenis makanan snek yang digemari oleh anak-anak gadis remaja orang kaya. Tetapkan harga jualan yang sesuai dengan dompet mereka. Fikirkan pakejing yang menangkap mata anak-anak remaja orang kaya yang lahir di bandar-bandar besar. Jangan buat kerja terbalik! Belum apa-apa sudah difikirkan produknya dulu. Sudah dibuat produk itu, kemudian baru terkial-kial mahu menjualnya kepada siapa? |
Quote:
Tip memulakan bisnes pertama... Berapakah duit yang ada dalam tangan kita sekarang? Dari jumlah itu gunakan kurang daripada 30% sebagai modal. Jangan pertaruhkan lebih daripada RM2k. Pilih bisnes yang sesuai dengan duit kita itu. |
No comments:
Post a Comment