Projek Fiverr

Tuesday, 15 September 2015

copywriting beb

Asas Copywriting: Apa Langkah Pertama yang Perlu Dibuat ?

Apakah langkah pertama sebelum menulis perkataan pertama pada ayat iklan ?


Bukan CPC, bukan boost post.

Itu semua kemudian.



Pertama sekali ialah :

Tetapkan SATU target market yang DESPERATE dengan JELAS.

Ia nampak macam :

“ Eleh, ini aku pun tahu. “



Hakikatnya, ramai yang buat silap di bahagian ini lagi.



Bila silap di bahagian ini, kebarangkalian untuk rugi adalah

sangat tinggi.



Macam mana nak tahu yang anda sedang tersilap di bahagian ini ?

Ini simptomnya :

1) Buat FB Ads, tapi sentiasa rugi.

2) Buat FB Ads, post banyak ‘like’ tapi seorang pun tak WhatsApp.

3) Dapat prospek yang banyak tanya, tapi tak beli.

4) Dapat prospek yang liat untuk bank-in.



Anda ada simptom seperti di atas ?
Kemungkinan besar, anda ada silap di bahagian targeting lagi.



Mari saya tunjukkan cara yang betul.

Kenapa SATU ?



Anda perlu faham yang iklan anda ini

perlu ‘bercakap’ tentang 1 pelanggan sahaja,

dari perkataan pertama sampai perkataan terakhir.



Jangan campur-adukkan lebih dari 1 pelanggan,

dalam 1 ayat iklan.



Contohnya ayat iklan di bawah.

Ini ialah screenshot sebahagian daripada ayat iklan tersebut.

screen

Nampak ?

Iklan ini tak bercakap dengan 1 pelanggan sahaja.

Berapa pelanggan yang ia sedang tarik perhatian ?

Yang jerawat pun dia target, yang eczema pun dia target, dan macam-macam lagi.



Satu perkara yang anda perlu tahu tentang pelanggan anda :

“ They only care about themselves. “



Pelanggan tak kisah pun produk anda ini boleh selesaikan 1001 macam masalah.


Mereka cuma kisah sama ada produk anda ini

boleh selesaikan masalah mereka ataupun tidak.



Maka, pada ketika mereka membaca baris iklan

seperti dalam gambar di atas, mereka akan ‘blah’ dari iklan anda.



Mereka akan rasa:

“ Produk ini bukan untuk aku. Aku ada masalah jerawat sahaja. “



Tulis tentang 1 pelanggan sahaja.

Kalau ada 13 jenis masalah yang produk anda boleh selesaikan, pecahkan jadi 13 iklan.



Elakkan daripada campur-aduk.

Pelanggan kurang gemar.



Pilih target market yang DESPERATE.



Kenapa perlu target mereka yang desperate ?

Sebab mereka ini dalam mode ‘memerlukan’.

Mereka sanggup bayar lebih.

Mereka tak banyak soal.



Pernah tak anda ‘lapar gila’ ?

Kemudian anda ternampak satu gerai burger.



Waktu itu, anda kisah tak kalau mayonisnya brand apa ?

Waktu itu, anda kisah tak dagingnya brand Ramly atau tidak ?

Waktu itu, anda kisah tak telur ayamnya gred B atau A ?

Waktu itu, anda kisah tak kalau harganya mahal ?



Tak, kan ?

Anda dalam mode ‘memerlukan’ pada waktu itu.
” Peduli apa, aku tengah lapar , ngap saja ! “



Samalah juga dengan pelanggan anda.

Anda ada kuasa untuk memilih pelanggan.

Pilih yang kebulur.



Mereka ini mudah untuk membeli,

walaupun produk anda mahal daripada orang lain.



Contoh SATU target market yang DESPERATE & JELAS.



Di bawah ini, saya sertakan contoh target market.

Walaupun contohnya mungkin tak sama dengan produk anda, sekurang-kurangnya anda dapat gambaran yang jelas macam mana nak target pelanggan yang kebulur.



Bagaimana untuk capai mereka ini di FB ?

Simple.

Panggil mereka di bahagian headline.

Saya sertakan sekali contoh headline, untuk rujukan anda.

===

Contoh Produk : Produk kecantikan

Target Market : Orang wanita yang kerjanya berdepan dengan orang ramai.

Contoh : Jururawat yang ada masalah jerawat.

Mereka ini segan untuk berdepan dengan orang ramai dengan wajah yang bermasalah. Jadi, mereka rasa perlu untuk jadi cantik. Ingat , jual kepada yang memerlukan.

Contoh headline : “ Perhatian nurse-nurse, malu bila pesakit nampak muka ada jerawat teruk ? “

===

Contoh : Baju kurung

Target Market : Orang yang pakai baju kurung ke tempat kerja.

Contoh : Cikgu

Mereka ini segan kalau setiap minggu asyik ulang pakaian yang sama.

Jadi, target mereka.

Mereka memerlukan baju kurung.

Contoh headline : “ Perhatian cikgu-cikgu, tak ada baju baru untuk minggu depan ? “

===

Contoh Produk : Insurans

Target Market : Ibubapa yang anak mereka pernah masuk hospital swasta tanpa ‘medical card’

Mereka ini pernah merasa betapa banyak duit mereka boleh jimat kalau mereka ambil ‘medical card’ dari awal.

Mereka sudah ada kesedaran akan keperluan ‘medical card’.

Pilih mereka sebagai pelanggan.

Mereka memerlukan ‘medical card’.

Contoh headline : “Perhatian ibu-ibu, teringin nak dapatkan ‘medical card’ untuk anak sebab dulu pernah kena RM5k duduk hospital swasta ? ”



Berkesankah cara targeting ini ?

Ini ‘sales report’ sahabat saya.

sales

Beliau telah saya ajarkan kaedah yang sama.



Alhamdulillah.

Pada hari pertama kaedah ini diamalkan ( 31 hb ),

jualan meningkat 2 kali ganda.


Tak buat apa-apa yang fancy pun.

Ubah target market sahaja.



Simple, kan ?

Inilah benda basic yang ramai orang tak nak belajar.

Sibuk nak belajar benda advanced.

Power Editor lah, teknik hantu mengilai lah.

Kita belajar tambah tolak dulu sebelum belajar benda advanced macam Matematik Tambahan, kan ?

Fahamkan benda asas terlebih dahulu.

Ia tak susah mana pun, kan ?

Saya percaya anda layak untuk dapat lebih dari apa yang anda usahakan sekarang, jika anda fahamkan perkara asas betul-betul.



Sekarang, giliran anda.

Tunggu apa lagi ?
Now, go sell something !

NOTA : Anda rasa post ini bermanfaat ? Share kepada rakan-rakan bisnes anda supaya mereka juga mendapat manfaat. Klik Sini untuk Share di FB



PS :

Esok kita akan belajar menulis ayat tawaran.

Tak mahu terlepas ? Isikan nama dan emel anda dengan KLIK SINI.

sumber ...

No comments:

Post a Comment