Quote:
Tip memulakan bisnes.... Jangan, jangan, jangan mula berfikir begini: "Aku ada duit simpanan RM5k. Apa bisnes aku nak buat?" Cara berfikir macam itu adalah silap besar! Apabila 'duit' menjadi titik permulaan otak berfikir, maka otak kita cenderung melanjutkan fikiran itu kepada 2 persoalan: + Duit yang ada tidak cukup untuk bisnes yang mahu dibuka, jadi kenalah cari duit lagi. + Bagaimana mahu pinjam duit bank. |
Quote:
Risiko Bisnes Pertama Bisnes pertama boleh menyebabkan leher kita dibelit oleh hutang bank yang berat. Kita bekerja lebih teruk daripada kerbau di sawah kerana terpaksa mencari duit demi membayar ansuran bulanan hutang bank. Usia belum 30 tahun, nama sudah masuk dalam senarai hitam CTOS. Malah bisnes pertama kita boleh menyebabkan kita jatuh muflis pada usia yang masih muda. + Jangan berhutang dengan bank demi membuka bisnes pertama. + Jangan pilih bisnes francais. Jangan! + Jangan pilih bisnes yang lambat hendak dapat pulangan modal. |
Quote:
Dalam bukunya TRIBE, Seth Godin menyebut perkara ini: Banyak peniaga sibuk melakukan kerja-kerja yang mereka itu pandai membuatnya. Disebabkan mereka pandai membuat sesuatu produk, maka mereka sibuk dengan kerja-kerja pembikinan produk-produk masing-masing. Menurut Seth Godin, mereka itu terlupa membuat kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh seseorang businessman. |
Quote:
TANYA: Saya baru pergi kursus bisnes di mana kami diajar menulis ayat-ayat power. Adakah ayat-ayat power patuh syariah? JAWAB: Apabila ayat power itu memberi gambaran yang tidak tepat, ia tidak patuh syariah. |
Quote:
Tip memilih aktiviti bisnes... Pilih aktiviti yang membolehkan kita memiliki 4 buah anak syarikat dalam tempoh 7 tahun kita menjalankan aktiviti itu. Tiap-tiap anak syarikat itu mampu berdiri sendiri. |
Quote:
Tip bisnes.... + Jual barang yang laku sahaja. + Jual barang hasil keluaran orang lain. + Jual pelbagai jenis barang keluaran orang-orang lain. + Beli di sini, jual di sana. Beli di sana, jual di sini |
.
.
.
.
Moral ..
Bisnes boleh jadi terlalu susah ...
Bisnes juga boleh jadi terlalu senang ...
#BelajarCaraBerfikirYangBetul
No comments:
Post a Comment